Tuesday 21 May 2013

I Can See It...

Salam semua,

Last post izie ade cakap yang mak izie belikan satu produk pelansingan untuk izie. Izie dah pon try produk tu. Stakat ni izie nampak la ade progress. Produk ni bolah menahan nafsu makan yang membuak-buak dalam diri ni..hehehe

Izie dapat rasa kesannye la. Sebelum ni izie asyik rasa nak makan je. Kadang-kadang bukan rasa lapar pon tapi nafsu makan tu berjaya mempengaruhi otak izie membuatkn izie rasa lapar eventhough izie baru lepas makan.

Sejak beberapa hari izie guna produk ni, izie boleh la tahan nafsu nak makan tu lebih-lebih lagi nafsu makan tengah malam. Selalunye masuk je pukul 12tgh malam, izie mesti akan pergi dapur cari benda nak makan. Kalu tak ada benda nak makan izie akan masak ape saja yang izie taw. Tp Alhamdulillah, setakat beberapa hari ni izie boleh melawan lagi nafsu tu. Izie masih mencuba untuk terus melawan nafsu tu. Orang cakap makan lewat malam ni addicted. Once kita dh terbiasa makan tgh malam susah sgt nak hilangkan addicted tu.

Sekarang dua perkara utama yang izie cuba nak menahan diri izie iaitu makan lewat malam yg sikit-sikit dah menunjukkan progress and secondly, izie nak menghindarkan makanan and minuman manis-manis. Sebenarnye kalau kat rumah izie memang tak minum manis. Izie hanya minum air masak je. Tapi yang jadi masalah, kalau makan kat luar dah jd satu habit nak order air manis. So, sekarang ni izie akan buat yang terbaik untuk hindarkan diri izie dari dua perkara di atas. Semoga berjaya!!!

Izie masih lagi makan nasi. Memang la ikutkan hati nak berhenti makan nasi. Instead of nasi, izie akan makan roti je. Tapi izie tak nak perubahan mendadak takut memudaratkan kesihatan. Walaupon izie ni gemok tapi izie ade history gastric. Risau pulak kalau izie terus-terus berenti makan nasi nanti gastric menyerang. So, untuk langkah selamat izie akan sikit-sikit kurangkan portion nasi yang izie makan sampai la izie selesa kalau tak makan nasi pon.

Lets pray izie berjaya dgn mission izie ni. I really wanna be healthy. Aja aja hwaiting!!!!

P/s: walaupon izie rase produk ni berkesan izie still tak confirm lagi taw. izie nak tengok lagi sejauh mana keberkesanannye baru izie reveal produk ape yang izie guna ni.

Saturday 18 May 2013

Yang Maha Berat!!

Salam semua.....

WowWW!!lamanya tak update blog terchenta ni. Konon je nak update hari-hari tp hampeh. almaklum la, izie kongsi lappy ni dgn Mr.tunang. Kalau dia dah guna memang takdenye la nak dapat mengupdate blog ni.

tentang perkembangan project izie, hmmmm~~biar saya berterus terang. Izie dah hampir nak tersasar dari project. Nasib baik la pada saat-saat genting ada wakeup call dari mak. Dia ade tanye nak try tak ada satu produk pelansingan namanya biar dirahsiakn dulu. Izie pon bila dah saat-saat genting ni macam arang mengantuk disorongkan bantal la. Eh!!betul ke peribahasa tu??lantak la...tapi maksudnye dah sangat-sangat memerlukan la..tiba-tiba ada yang datang mnyelamat. eh..pangjanag sangat melalut. Izie try la produk tu. tp sebenarnye baru hari pertama try. Baru je lepas minum terlupa pulak yang izie tak timbang berat lagi.

Nak dijadikan cerita, izie dh lepas minum tu baru la izie timbang berat. tengok-tengot je kat penimbang tu...MAK AIIII!!!!Beratnye badan aku...hari ini dalam sejarah berat sampai macam nak pecah penimbang tu...huhuhu..punye la yang maha beratnye izie ni. Tak sangka la pulak berat izie bertambah dengan jayanya. So it's a wake up call for me to be more serious in losing my weight. Lepas ni tak nak dah hangat-hangat tahi ayam. Izie kene start plan jadual pemakanan izie. Dan yg paling penting kene elakkan makan pada tengah malam. Ini la punca sebenar berat ni naik tak hengat. Makan tengah malam..bukan stakat makan ringan2 tau..makannye macam anak raja punya makan. Lengkap semua menu ada. Oh tidak!!lepas ni kene tepis semua anasir2 luar yang berhasrat nak melemahkan semangat yang tak pernah nak kuat ni.

Sebenarnye bukan izie tak nak bersenam tapi kekangan masa yang mebuatkn izie susah nak pergi bersenam. memang la berminat nak pergi gym tapi izie kerja shift hour nak pulak selalu kena OT. Pergi kerja gym tak bukak lagi. balik kerja gym dah tutup. Kalau nak pergi exercise biasa-biasa tak ada pulak orang yang nak temankan...huuhuhu..alasan je kan semua tu...nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

So lepas ni plan izie nak senaman kat rumah je. Buat la lari setempat n skipping. ramai juga orang cakap skipping bagus untuk menurunkan berat badan. Jom kita try.

Untuk makanan pulak, izie nak makan roti je. boleh tak??since izie ni busy sangat kerja sampai kadang2 tak ada masa nak makan siang, roti adalah alternative makanan yang paling bagus. Beli je roti sebuku letak kat ofis..time lapar makan sambil buat kerja pon boleh. Malam balik kerja dh pkul 10/11 mlm. dah tak boleh makan dah.

Izie harap sangat semoga project ni berhasil. Bukan izie nak kurus sebab nak cantik semata-mata tapi misi utama izie nak sihatkan badan. badan berat ni susaah nak exercise. Tak larat nak bawak badan. kalau rinagn sikit badan boleh la teruskan usaha ni dengan exercise je. Izie tak nak satu masa nanti macam-macam penyakit yang datang. selagi masih sihat ni try la untuk kembali normal.

Ok!!untuk izie dan kawan-kawan yang punyai masalah berat badan and rasa nak kuruskan badan, izie ucapkan semoga berjaya!!!aja aja hwaiting!!!semoga usaha kita tak sia-sia dan membuahkn hasil.

Pada kawan-kawan yang ada tips untuk kekalkan motivation izie pon boley la berkongsi. Izie ni tak de motivasi yang cukup kental untuk laksanakan project izie ni...huhuhu

Thursday 25 April 2013

Satu Permulaan...

Salam all,

Hari tu izie dh tulis post muqaddimah. konon bersemangat waja la tapi sampai sekarang pun msih tak start lagi projek atas masalah-masalah teknikal yang tak dapat nak dielakkan.

Hari ni izie akan reveal picture izie kiranya current picture la. selama ni asyik amik gambar takat muka je tak sedar pun badan dah mengemabang dengan jayanya mcm pau kukus gebu..hehehe..alangkah terkejutnye rupanya besar huge giler badan izie ni...uwaaaaa...kenapa la selama ni ikut hati je makan...xpe..i will do my best to downsize my body...

gmbar ni diambil ketika izie berusaha keras nk menakluki puncak bukit broga. tapi kerana berat badan yang melampau berat..xmampu nk menakluki..smpai kat takat batu yang izie duduk tu je la yang izie mampu..tu pon punye la payah nak naik smpai situ...uhuhuhu...

Demi masa depan yang cerah, demi kecintaan pada badan izie..izie berazam untuk menghentikan kekejaman terhadap badan sendiri...badan izie akan mndapat treatment first class sampai la die berjaya menurunkan beratnye....wish me luck guys...izie really hope ade yg mnyokong...huhuhu

ok..below is my picture...sila remeber baik2 save elok2 gmbar izie tu nnt izie dh berjaya...lain pulak rupenye dh xsme lg..dh xcute lg..hehehe..


AJA AJA HWAITING IZIE!!!!

Monday 22 April 2013

MUQADDIMAH...

Salam semua,

This is my new blog. I'm not actually new to this blogger world but before this izie (nama saya) buat blog just utk suka-suka je. Meluahkn apa yang tak terluah. Sebab tu la izie ni tak expert pasal blog.

This time izie tulis blog untuk melaksanakan projek terbaru izie. As you guys can see the title of the blog, i think you guys got some idea about what is my project kan?hehehe..yes!! i am doing all this because izie nak menurunkan berat badan.

Sebelum ni banyak benda dah izie try nk lose weight tp tak berjaya. Oleh yang demikian izie dh set masa setahun utk izie mncapai berat badan ideal. Sepanjang perjalanan projek ni, izie akan update beberapa perkara:


  1. apa yang izie buat untuk menurunkan berat badan (exercise)
  2. berapa banyak izie turun dalam sehari/seminggu
  3. apa yang izie makan setiap hari
Izie akan update blog ni daily or weekly mengikut tahap ke-bz-an izie...hehehe..almaklumla kerja izie sebagai fund accountant utk slah satu syarikat antarabangsa di cyberjaya memerlukan izie bekerja mngikut shift our berdasarkan waktu exchange market di negara yg team izie handle. so, kadang-kadang memang izie sgt bz.huhuhu..

Ok...for the next post izie akan put my current picture(sebelum turun berat bdn). let's see sejauh mana keazaman izie dgn projek ni. hopefully izie akan bersungguh-sungguh dan berdisiplin utk menjayakan projek izie ni..AJA AJA HWAITING!!!!